Mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
Tuesday, April 23, 2013
MENJERITLAH KUAT-KUAT UNTUK MENYELAMATKAN DIRI.
Mengenal pasti individu yang mungkin melakukan sentuhan tidak selamat. Menjerit atau melarikan diri untuk menyelamatkan diri.
Thursday, April 18, 2013
PENDAHULUAN
Pendidikan
Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman
pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia
menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
MATLAMAT
Pendidikan
Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat
dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan
bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang
yang berkualiti.
OBJEKTIF
Murid
boleh :
(i) mempertingkatkan
pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga,
masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah
kesihatan dan penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan
menangani masalah serta isu berkaitan
meymeimoh dengan kesihatan.
FOKUS
Kurikulum
Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah
35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua
sekolah rendah.
Kandungan
Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian
dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu :
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Modul
ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri,
keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif,
pemakanan dan penyalahgunaan bahan.
Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan
Sosial
Modul
ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus
risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan
mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.
Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Modul
ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi
kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas.
Subscribe to:
Posts (Atom)